top 20 : 8 orang DARI Pengarah Jati Setia (KPU)

Seramai 8 orang Pengarah Jati Setia (KPU) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah dinobatkan terbaik atau Top 20 HPA Malaysia dan menerima anugerah tertinggi sempena Konvensyen dan Konvokesyen HPA (KONVEK) 2009 yang diadakan pada 25 JULAI di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Sedang, Selangor.




KONVEK pada kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Bin Ahmad dan dihadiri hampir 5000 ahli, pengedar dan pemimpin HPA dari seluruh negara dan juga Indonesia. Hadir sama isteri beliau Hajah Norhayati Haji Ahmad, Pengarah Urusan 2 Tuan Haji Fisal Ahmad Tajudin, Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abdul Rahman dan beberapa orang Pengurus Besar yang lain.

Semua Top 20 menerima anugerah menunaikan Fardu Haji ke Mekah disamping hadiah iringan yang lain. Mereka ialah:

1. PJM Azizan Bin Ahmad
2. PJM Zaharah Mat Zain
3. PJM Sharifah Sulaiman
4. PJM Syed Ageel Syed Mahayadin
5. PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali
6. PJM Ismail Bin Othman
7. PJI Mohd Nazri Bin Ahmad
8. PJI Sabri Bin Ahmad

Selain anugerah utama, KONVEK pada kali ini juga turut memberi anugerah melancong ke JAKARTA dan BANDUNG Indonesia kepada 30 mereka yang layak. Selain itu seramai 64 pemimpin dan pengedar HPA mendapat anugerah menunaikan umrah, 41 menerima
anugerah melancong ke negara Asia Oceania (Australia) dan 21 menerima anugerah melancong ke Sepanyol (Andalusia).


Penghargaan juga diberikan kepada Pengarah Melati, Pengarah Meranti, Pengarah Jati, Pengarah Jati Emas, Pengarah Jati Intan dan Pengarah Jati Mahkota. Majlis diakhiri dengan anugerah kemuncak dan berprestij iaitu "Distributor of The Year" yang disampaikan kepada PJM Zaharah Mat Zain dan PJM Hafidzan Fauzi.






Bagaimana Islam diperlakukan didunia hari ini bagitulah bangkitnya semangat HPA untuk bangun memperjuangkan maruah ummat. Kita melihat dengan mata kepala bagaimana penipuan atas nama halal hari hari dibongkarkan oleh surat khabar tetapi tidak ada orang yang bangun memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk mewujudkan muamalah sesama muslim yang terupaya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan